Ammar Bin Yasir


Ammar ibn Yasir merupakan anak kepada pasangan Yasir seorang pengembara Arab dan Sumaiyyah. Nama ibunya terkenal kerana ibunya merupakan orang pertama yang syahid dalam Islam. Ammar merupakan salah seorang sahabat yang hidup dari zaman Nabi sehingga ke zaman pemerintahan Khulafa al-Rasyidin yang keempat iaitu Ali bin Abi Thalib.

Kematiannya
Kematiannya telah dijangkakan oleh Nabi Muhammad dalam hadithnya iaitu:
"Sesungguhnya Ammar akan dibunuh oleh golongan penderhaka dan minuman terakhirmu di dunia ini adalah susu."
Ammar terkorban syahid dalam sebuah Perang iaitu beliau berperang bagi pihak Saidina Ali bin Abi Talib. Ketika itu umur beliau sekitar 88 tahun.

0 komentar: