Zaid Bin Harithah


Zaid bin Harithah (sekitar. 588-630 M) merupakan seorang sahabat yang namanya disebut dalam al-Qur'an (Surah Al-Ahzab) . Mempunyai seorang anak yang terkenal iaitu Usamah ibn Zaid hasil perkongsian hidup beliau dengan Barakah.

Kehidupannya
pada peringkat remajanya, Zaid merupakan hamba kepada Rasulullah S.A.W. Kemudian, baginda membebaskan beliau dan hidup sebagai orang yang merdeka. Ketika dewasa, beliau berkahwin dengan seorang wanita yang bernama Zainab binti Jahsy. Setelah hidup beberapa tahun, beliau bercerai dan kemudiannya baginda mengahwini Zainab untuk menghapuskan amalan tradisi Arab Jahiliyah.

Jasa dan perjuangannya
Beliau dilantik oleh Nabi sebagai ketua panglima perang untuk berjuang menentang tentera Rom Byzantine dalam peperangan yang dikenali sebagai Perang Mu'tah. Bersama-sama beliau adalah Ja'afar ibn Abi Thalib sebagai panglima perang kedua dan seorang sahabat dari golongan Ansar iaitu Abdullah ibn Rawahah. Dalam peperangan tersebut, Zaid syahid bersama dua orang sahabatnya.

0 komentar: