Abdur Rahman bin Auf


Abdur Rahman ibn Auf atau nama sebenar beliau Abu Amr merupakan seorang sahabat Nabi. Beliau telah menggunakan nama Abdur Rahman selepas memeluk Islam, dua hari selepas AbuBakarmemeluk Islam.

Kehidupannya
Sewaktu umat Islam berhijrah ke
Madinah, beliau mengikuti ekspidisi tersebut. Setibanya Abdur Rahman di Madinah, beliau dipersaudarakan oleh baginda kepada seorang sahabat dari golongan Ansar iaitu Sa'ad ibn Ar-Rabi'ah.
Abdur Rahman juga merupakan ahli jawatankuasa
Syura yang berenam. Sewaktu pemilihan khalifah ketiga selepas peristiwa pembunuhan Umar Al-Khattab, beliau merupakan salah seorang calonnya. Namun, Abdur Rahman enggan sebaliknya menetapkan pemilihan khalifah jatuh kepada Uthman bin Affan.

Jasa dan sumbangannya
Memberi sumbangan dari segi kewangan dan barangan ketika
Perang Tabuk. Dilantik oleh baginda Nabi S.A.W untuk mengimami solat ketika ketiadaan baginda.
Abdur Rahman merupakan lambang kejayaan umat Islam di dalam bidang urusniaga dan perdagangan terutama ketika bidang ekonomi ketika itu dimonopoli oleh kaum
Yahudi.

0 komentar: