AMMAR Yasir tenang menerima dugaan Allah. Jiwanya bahagia, keimanannya di pihak yang menang. Ucapan yang dikeluarkan secara terpaksa itu dijamin bebas, oleh al-Quran, maka apa lagi yang akan dirisaukannya? Ammar menghadapi cubaan dan seksaan itu dengan ketabahan, luar biasa, hingga penderanya rasa lelah dan bertekuk lutut di hadapan tembok keimanan maha kukuh.
Begitulah betapa teguhnya keimanan para sahabat, kerana rasa cinta mereka terhadap Rasulullah S.A.W mereka sanggup syahid. Sesungguhnya kami mengharapkan sejarah-sejarah perjuangan para sahabat baginda Rasulullah S.A.W. dalam menegakkan syiar Islam dapat disingkap kembali agar menjadi pedoman untuk kita...
Justeru hayatilah, ambilah iktibar, singkaplah kembali perjuangan para sahabat, semoga kisah-kisah silam para sahabat Rasulullah dapat menyedarkan kita kembali untuk meneruskan perjuangan menegakkan Islam dan kebenaran...
Kehidupan Awal
Saidina Abu Bakar As-Siddiq merupakan sahabat Nabi Muhammad s.a.w. yang paling rapat sekali. Semasa Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah dari Makkah ke Madinah pada tahun 622, hanya beliau seorang yang mengikuti Rasulullah s.a.w. tanpa ditemani oleh orang lain. Rasulullah S.A.W mengahwini anak perempuan beliau iaitu Saidatina Aishah tidak lama selepas penghijrahan ke Madinah berlaku. Pernah menjadi kaya, dia juga dikenangi kerana jasanya membebaskan beberapa hamba yang beragama Islam daripada tuan mereka yang kafir termasuklah Bilal Bin Rabah. Belia juga merupakan salah seorang Muslim yang pertama sekali memeluk Islam.
Menjadi Khalifah Pertama
Semasa Rasulullah s.a.w. sedang sakit tenat, baginda mengarahkan supaya Saidina Abu Bakar mengimamkan solat orang Islam. Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., sebuah majlis yang dihadiri oleh golongan Ansar dan Muhajirin ditubuhkan untuk melantik seorang khalifah bagi memimpin umat Islam. Hasil daripada perjumpaan itu, Saidina Abu Bakar dilantik dan menjadi khalifah pertama umat Islam.
Perlantikan Saidina Abu Bakar mendapat tentangan daripada beberapa orang yang ingin melantik Saidina Ali Abi Talib sebagai khalifah kerana Saidina Ali merupakan menantu dan anak saudara Rasulullah s.a.w. Golongan Syiah yang merupakan golongan daripada keluarga Bani Hashim menentang perlantikan Saidina Abu Bakar. Tentangan itu tamat selepas Saidina Ali Abi Talib membaihkan Saidina Abu Bakar. Ada pendapat mengatakan bahawa Saidina Ali Abi Talib hanya membaihkan Saidina Abu Bakar selepas enam bulan.
Peperangan Islam-Riddah
Masalah mula timbul apabila Saidina Abu Bakar dilantik menjadi khalifah. Masalah ini mengugat kestabilan dan keamanan kerajaan Islam. Banyak puak-puak Arab memberontak dan menentang khalifah. Sesetengah daripada mereka enggan membayar zakat manakala ada pula yang kembali kepada menyembah berhala dan mengikut tradisi lama mereka. Puak-puak ini mendakwa bahawa mereka hanya menurut perintah Rasulullah s.a.w. dan memandangkan Rasulullah s.a.w. telah wafat maka mereka tidak perlu lagi mengikut ajaran Islam dan mereka telah bebas.
Saidina Abu Bakar menegaskan bahawa mereka bukan sahaja menyatakan taat sembah kepada seorang pemimpin malah mereka kini tergolong dalam golongan Muslim. Ada diantara mereka mendakwa bahawa mereka ialah nabi dan rasul. Bagi menumpaskan penghinaan dan perbuatan murtad ini maka Saidina Abu Bakar melancarkan perang terhadap golongan yang digelar golongan Riddah. Hal ini merupakan permulaan siri Peperangan Islam-Riddah. Antara orang yang mengaku menjadi nabi ialah Musailamah al-Kazzab. Khalid Al-Walid berjaya menumpaskan Musailimah dalam suatu pertempuran.
Ekspedisi ke Utara
Selepas berjaya mengurangkan golongan riddah, Syaidina Abu Bakar mula menghantar panglima-panglima perang Islam ke utara untuk memerangi Byzantine (Rom Timur) dan Empayar Parsi. Khalid Al-Walid berjaya menawan Iraq dalam hanya satu kempen ketenteraan. Beliau juga menempuh kejayaan dalam beberapa ekspedisi ke Syria. Menurut seorang orientalis Barat, kempen Saidina Abu Bakar hanyalah sebuah lanjutan daripada Perang Riddah. Hal ini jelas salah memandangkan kebanyakan golongan riddah terletak di selatan Semenanjung Arab dan bukannya di utara.
Pengumpulan Al Quran
Menurut ahli sejarah Islam, selepas siri Peperangan Islam-Riddah ramai orang yang mahir menghafaz Al Quran terbunuh. Saidina Umar Al-Khatab (khalifah yang berikutnya) meminta Saidina Abu Bakar untuk mula menjalankan aktviti pengumpulan semula ayat-ayat Al Quran. Saidina Uthman Affan kemudiannya melengkapkan aktiviti pengumpulan Al Quran semasa beliau menjadi khalifah.
Saidina Abu Bakar wafat pada 2 Ogos 634 di Madinah iaitu dua tahun selepas menjadi khalifah. Ada dua pendapat mengenai sebab kematian Saidina Abu Bakar. Ada yang mengatakan disebabkan keracunan dan ada pula yang mengatakan Saidina Abu Bakar meninggal dunia secara biasa. Sebelum kewafatannya, Saidina Abu Bakar mengesa masyarakat menerima Saidina Umar Al-Khatab sebagai khalifah yang baru.
Saidina Abu Bakar dikebumikan di sebelah makam Nabi Muhammad s.a.w. di Masjid an-Nabawi yang terletak di Madinah.
Sumbangan Saidina Abu Bakar
Saidina Abu Bakar walaupun hanya memerintah selama dua tahun (632-634), tetapi beliau banyak menyumbang terhadap perkembangan Islam. Beliau berjaya menumpaskan golongan Riddah yang ada diantaranya murtad dan ada diantaranya mengaku sebagai nabi. Beliau juga mula mengumpulkan ayat-ayat Al Quran dan beliau juga berjaya meluaskan pengaruh Islam
Dia menjadi khalifah kedua Islam (633-644) dan merupakan salah satu khalifah di dalam Khulafa al-Rasyidun.
Kehidupan awal
Saidina Umar dilahirkan di Makkah. Beliau dikatakan terdiri daripada golongan kelas pertengahan. Beliau juga berilmu iaitu merupakan perkara yang amat jarang pada masa tersebut dan juga merupakan seorang pejuang dan wira yang gagah dan terkenal kerana kegagahannya.
Selepas pengislamannya, beliau melahirkan rasa kesalnya terhadap peristiwa penanaman anak perempuannya secara hidup-hidup dahulu (perkara seperti ini ialah fenomena biasa di Tanah Arab sebelum kedatangan Islam).
Memeluk Islam
Semasa Nabi Muhammad s.a.w. mula menyebarkan Islam secara terang-terangan, Saidina Umar mempertahankan ajaran tradisi masyarakat Quraish. Saidina Umar ialah antara orang yang paling kuat menentang Islam pada masa itu.
Menurut ahli sejarah Islam, semasa Saidina Umar dalam perjalanan untuk membunuh Rasulullah s.a.w., beliau bertembung dengan seseorang yang mengatakan bahawa beliau haruslah membunuh adik perempuannya dahulu memandangkan adiknya telah memeluk Islam.
Saidina Umar pergi ke rumah adiknya dan mendapati adiknya sedang membaca Al Quran. Dalam keadaan yang marah dan kecewa beliau memukul adiknya. Apabila melihat adiknya berdarah, beliau meminta maaf dan sebagai balasan beliau akan membaca secebis ayat Al Quran kepada adiknya. Beliau berasa terharu apabila mendengar ayat-ayat Al Quran yang begitu indah sehinggakan beliau memeluk Islam pada hari itu juga.
Selepas peristiwa terbabit, beliau berjanji akan melindungi Islam sehingga ke titisan darah terakhir.
Saidina Umar di Madinah
Saidina umar merupakan antara individu yang berhijrah ke Yathrib (kemudiannya dikenali sebagai Madinah). Dia merupakan salah seorang daripada Sahabat Rasulullah s.a.w..
Pada tahun 625, anak perempuan Saidina Umar iaitu Hafsa mengahwini Nabi Muhammad s.a.w.
Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.
Nabi Muhammad s.a.w. wafat pada tahun 632 masihi. Saidina Umar dikatakan amat sedih dengan kewafatan Rasulullah s.a.w. sehinggakan beliau sanggup membunuh sesiapa sahaja yang mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w. telah wafat. Beliau kemudiannya kembali tenang selepas Saidina Abu Bakar (khalifah pertama umat Islam) berucap "Sesiapa yang menyembah Muhammad ketahuilah bahawa baginda telah wafat, tetapi sesiapa yang menyembah Allah s.w.t. ketahuilah bahawa Allah itu hidup dan tidak akan mati." Saidina Abu Bakar kemudiannya membaca beberapa keping ayat Al Quran untuk mententeramkan umat Islam.
Saidina Abu Bakar dengan sokongan Saidina Umar menjadi khalifah pertama umat Islam. Semasa pemerintahan singkat Saidina Abu Bakar, Saidina Umar merupakan penasihat Saidina Abu Bakar. Saidina Abu Bakar mencalonkan Saidina Umar sebagai penggantinya sebelum kematiannya pada tahun 634 masihi. Dengan itu Saidina Umar menjadi khalifah kedua umat Islam.
Pemerintahan Saidina Umar
Semasa pemerintah Saidina Umar, empayar Islam berkembang dengan pesat; menawan Mesopotamia dan sebahagian kawasan Parsi daripada Empayar Parsi (berjaya menamatkan Empayar Parsi), dan menawan Mesir, Palestin, Syria, Afrika Utara, dan Armenia daripada Byzantine (Rom Timur). Ada diantara pertempuran ini menunjukkan ketangkasan tentera Islam seperti Perang Yarmuk yang menyaksikan tentera Islam yang berjumlah 40,000 orang menumpaskan tentera Byzantine yang berjumlah 120,000 orang. Hal ini mengakhiri pemerintahan Byzantine di selatan Asia Kecil.
Pada tahun 637, selepas pengempungan Baitulmuqaddis yang agak lama, tentera Islam berjaya menakluk kota tersebut. Paderi besar Baitulmuqaddis iaitu Sophronius menyerahkan kunci kota itu kepada Saidina Umar. Beliau kemudiannya mengajak Saidina Umar supaya bersembahyang di dalam gereja besar Kristian iaitu gereja Church of the Holy Sepulchre. Saidina Umar menolak dan sebaliknya menunaikan solat tidak beberapa jauh daripada gereja tersebut kerana tidak ingin mencemarkan status gereja tersebut sebagai pusat keagamaan Kristian. 50 tahun kemudian, sebuah masjid yang digelar Masjid Umar dibina di tempat Saidina Umar menunaikan solat.
Saidina Umar banyak melakukan reformasi terhadap sistem pemerintahan Islam seperti menubuhkan pentadbiran baru di kawasan yang baru ditakluk dan melantik panglima-panglima perang yang berkebolehan. Semasa pemerintahannya juga kota Basra dan Kufah dibina.
Saidina Umar juga amat dikenali kerana kehidupannya yang sederhana.
Wafatnya Saidina Umar
Saidina Umar wafat pada tahun 644 selepas dibunuh oleh seorang hamba Parsi yang bernama Abu Lu'lu'ah. Abu Lu'lu'ah menikam Saidina Umar kerana menyimpan dendam terhadap Saidina Umar. Dia menikam Saidina Umar sebanyak enam kali sewaktu Saidina Umar menjadi imam di Masjid al-Nabawi, Madinah.
Biografi
Saidina Uthman dilahirkan di dalam sebuah keluarga Quraish yang kaya di Makkah beberapa tahun selepas kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.. Dia ialah salah seorang daripada orang yang pertama sekali memeluk Islam dan amat dikenali kerana sifat dermawannya kepada orang yang susah. Beliau juga berhijrah ke Habshah dan kemudian penghijrahan dari Makkah ke Madinah.
Perkembangan Islam semasa Pemerintahan Saidina Uthman
Saidina Uthman menjadi khalifah selepas Saidina Umar Al-Khatab dibunuh pada tahun 644. Beliau memerintah selama dua belas tahun iaitu dari tahun 644 sehingga tahun 656. Semasa pemerintahannya, keseluruhan Iran, sebahagian daripada Afrika Utara, dan Cyprus menjadi sebahagian daripada empayar Islam. Adalah dikatakan bahawa Saidina Umar melantik saudaranya sebagai pentadbir jajahan baru Islam. Enam tahun pertama pemerintahannya dianggap aman manakala enam tahun terakhir pula dianggap keadaan huru-hara. Beliau juga berjaya menghabiskan usaha pengumpulan Al Quran yang dimulakan oleh Saidina Abu Bakar (khalifah pertama Islam).
Saidina Ali dilahirkan di Makkah pada tahun 598. Golongan Syiah percaya bahawa Saidina Ali dilahirkan di dalam Kaabah, tempat paling suci bagi orang Islam. Bapa Saidina Ali, Abu Talib ialah ahli puak Quraish dan juga ialah bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w.. Semasa Nabi Muhammad s.a.w. menjadi yatim dan kemudiannya dibela oleh datuknya yang kemudiannya meninggal dunia, Abu Talib menjaga Rasulullah s.a.w. Saidina Ali dan Nabi Muhammad yang merupakan sepupu dibesarkan seperti adik-beradik. Semasa Nabi Muhammad s.a.w. menerima wahyu daripada Allah s.w.t., Saidina Ali merupakan kanak-kanak pertama memeluk Islam.
Saidina Ali sentiasa menyokong Nabi Muhammad s.a.w. semasa kezaliman terhadap orang Muslim berlaku. Pada tahun 622 masihi, semasa peristiwa hijrah berlaku, Saidina Ali mengambil risiko dengan tidur di katil Rasulullah s.a.w. lantas berjaya mengelakkan satu percubaan membunuh.
Saidina Ali di Madinah
Semasa berlakunya Perang Badar, Saidina Ali menumpaskan seorang jaguh Quraish iaitu Walid ibni Utba di samping askar-askar Makkah yang lain. Selepas itu beliau mengahwini Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah s.a.w.
Sepanjang sepuluh tahun Nabi Muhammad s.a.w. mengetuai penduduk Madinah, Saidina Ali senantiasa menolong dan membantu baginda demi kemajuan umat Islam.
Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. (632M)
Selepas wafatnya Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun 632 masihi, Saidina Abu Bakar dilantik menjadi khalifah pertama umat Islam. Adalah dikatakan bahawa Saidina Ali hanya menerima Saidina Abu Bakar enam bulan selepas Saidina Abu Bakar dilantik. Hal ini masih samar-samar.
Golongan Syiah percaya memandangkan Saidina Ali merupakan menantu dan sepupu kepada Rasulullah s.a.w. maka beliaulah yang seharusnya dilantik menjadi khalifah. Ahli Sunah Waljamaah pula percaya perlantikan Saidina Abu Bakar merupakan sesuatu yang tepat sekali.
Karamallahuwajha
Menjadi khalifah ke-4
Pada tahun 656 masihi, khalifah ketiga Islam iaitu Saidina Uthman Affan wafat kerana dibunuh di dalam rumahnya sendiri. Segelintir masyarakat kemudiannya mencadangkan Saidina Ali supaya menjadi khalifah tetapi Saidina Ali menolak. Tetapi selepas didesak oleh pengikutnya, beliau akhirnya menerima untuk menjadi khalifah.
Kehidupannya
Berkat doa Rasulullah kepadanya, Abdullah menjadi seorang pemuda yang terpelajar dan bijak di kalangan para sahabat yang seusia dengannya. Petah berdebat dan berbicara.
Jasa dan perjuangannya
Antara jasanya yang dikenang ialah Abdullah mampu meredakan keadaan umat Islam selepas Perang Siffin di mana segelintir tentera Islam yang berpihak kepada Ali bin Abi Thalib merasa tidak puas hati akan keputusan tahkim yang dijalankan antara Amru Al-Ash dengan Abu Musa Al-Asya'ari.
Berkat kecerdasan otak beliau, Abdullah berjaya mengamankan keadaan umat Islam, walaupun untuk seketika.
Beberapa orang keturunan beliau berusaha untuk membina sebuah kerajaan baru setelah Kerajaan Bani Ummaiyyah dilihat agak tersasar dari matlamatnya. Kemudian lahirlah sebuah kerajaan yang mengambil sempena namanya iaitu Daulah Bani Abbasiyyah.
Kerjaya beliau
Abdullah dilantik menjadi utusan Nabi Muhammad dalam menghantar surat kepada kerajaan Parsi Sassanid di bawah pemerintahan Khusrau II. Ketika itu beliau bernasib baik kerana ketika Kisra Parsi itu mengamuk dan mengoyakkan surat baginda, dia sempat melarikan diri sebelum diapa-apakan oleh pihak Parsi Sassanid.
Ketika zaman pemerintahan Umar Al-Khattab, beliau berjuang dalam Peperangan Islam-Rom Byzantine, sehingga beliau berjaya ditawan oleh tentera Rom. Setelah diuji dan diduga oleh Kaisar Rom Heraklius, Abdullah berjaya mempertahankan aqidahnya dan sebagai syarat pembebasan semua tentera Islam, beliau mencium kepala Kaisar Rom tersebut
Kehidupannya
Pada masa remajanya Abdullah merupakan seorang penggembala kambing. Setelah kejujurannya dikenalpasti oleh Rasulullah S.A.W dan Abu Bakar, Abdullah menawarkan diri untuk berkhidmat sebagai pembantu peribadi baginda.
Ketika menuntut ilmu, Abdullah amat tekun sehingga baginda bersabda dalam hadithnya yang bermaksud :
"Pelajarilah Al-Quran daripada empat orang ini iaitu Abdullah ibn Mas'ud, Salim Maula Abi Huzaifah, Ubay ibn Ka'ab dan Muaz ibn Jabal".
Jasa dan perjuangannya
Memegang jawatan sebagai pentadbir awam di masa pemerintahan Umar Al-Khattab dan Uthman bin Affan. Bakat kepimpinannya setanding dengan seorang lagi sahabat Nabi yang terkemuka iaitu Muhammad ibn Maslamah.
Jasa dan perjuangannya
Beliau memeluk Islam bersama dua belas orang penduduk Madinah sebelum terjadinya peristiwa Hijrah dan atas jasanya juga, Islam lebih cepat tersebar di kawasan Madinah.
Kerana ketokohannya dalam usaha menegakkan Islam di Madinah, Rasulullah S.A.W melantik beliau sebagai panglima perang ketiga selepas Zaid ibn Harithah dan Ja'afar ibn Abi Thalib untuk menentang tentera Rom Byzantine dalam peperangan yang dikenali sebagai Perang Mu'tah.
Dalam pertempuran yang berlaku di daerah Mu'tah, beliau terkorban syahid selepas menggantikan Ja'afar. Tugas beliau kemudiannya diambil-alih oleh seorang yang berpengalaman luas dalam strategi teknikal dan taktikal peperangan iaitu Khalid bin al-Walid
Kehidupannya
Sebelum memasuki Islam, Abdullah merupakan seorang pendeta agama Yahudi yang mengajar kitab Taurat di kuil bangsa Yahudi.
Setelah mengkaji dan memahami isi kandungan kitab Taurat serta berjumpa dengan baginda, Abdullah memasuki Islam dan berkhidmat di samping baginda.
Rasulullah S.A.W memujinya dalam hadis seperti berikut:
"Jikalau kamu ingin melihat orang yang berjalan di muka bumi dan juga berjalan di dalam syurga, maka Abdullah ibn Salamlah orangnya"
Kehidupannya
Sewaktu umat Islam berhijrah ke Madinah, beliau mengikuti ekspidisi tersebut. Setibanya Abdur Rahman di Madinah, beliau dipersaudarakan oleh baginda kepada seorang sahabat dari golongan Ansar iaitu Sa'ad ibn Ar-Rabi'ah.
Abdur Rahman juga merupakan ahli jawatankuasa Syura yang berenam. Sewaktu pemilihan khalifah ketiga selepas peristiwa pembunuhan Umar Al-Khattab, beliau merupakan salah seorang calonnya. Namun, Abdur Rahman enggan sebaliknya menetapkan pemilihan khalifah jatuh kepada Uthman bin Affan.
Jasa dan sumbangannya
Memberi sumbangan dari segi kewangan dan barangan ketika Perang Tabuk. Dilantik oleh baginda Nabi S.A.W untuk mengimami solat ketika ketiadaan baginda.
Abdur Rahman merupakan lambang kejayaan umat Islam di dalam bidang urusniaga dan perdagangan terutama ketika bidang ekonomi ketika itu dimonopoli oleh kaum Yahudi.
Kisah beliau yang masih dikenang adalah saat beliau sekeluarga ditangkap oleh Abu Jahal dan kuncu-kuncunya. Dengan ketabahan hati Sumayyah sekeluarga serta taat setianya mereka kepada Islam, mereka tidak gentar dengan seksaan-seksaan yang dilakukan oleh Abu Jahal dan kuncu-kuncunya. Nabi Muhammad yang melihat kejadian tersebut juga tidak mampu berbuat apa-apa. Baginda hanya mampu bersabda, “Bersabarlah keluarga Yasir. Sesungguhnya kamu semua dijanjikan syurga.” Dalil ini menunjukkan jaminan Rasulullah kepada mereka sekeluarga sebagai penghuni Syurga Jannatun Naim. Akhirnya dengan balingan lembing oleh Abu Jahal, mereka sekeluarga gugur syahid dan Sumayyah merupakan wanita pertama Islam yang gugur syahid.
Sumbangan Sumaiyah amat bermakna dalam mempertahankan kesucian akidah Islam. Antaranya: Pertama, berani menyatakan yang hak. Kedua, Sanggup mempertaruhkan nyawa kerana mempertahankan kesucian akidah. Ketiga, memberi imej yang baik kepada umat Islam dalam soal mempertahankan agama Islam. Keempat, memperteguh keyakinan dan keazaman penganut Islam yang lain untuk meneruskan perjuangan.
Seksaan terhadap Sumayyah sekeluarga
-Kaki dan tangan mereka diikat dan diheret ke tengah padang pasir yang panas terik
-Rumah mereka dibakar
-Dicucuk dengan besi panas
-Ditikam dengan lembing
-Dicungkil biji mata
-Dibenam ke dalam air
Kematiannya
Kematiannya telah dijangkakan oleh Nabi Muhammad dalam hadithnya iaitu:
"Sesungguhnya Ammar akan dibunuh oleh golongan penderhaka dan minuman terakhirmu di dunia ini adalah susu."
Ammar terkorban syahid dalam sebuah Perang iaitu beliau berperang bagi pihak Saidina Ali bin Abi Talib. Ketika itu umur beliau sekitar 88 tahun.
Semasa Rasulullah s.a.w memasuki Madinah, setiap orang dari kalangan orang-orang Ansar bercita-cita supaya Rasulullah s.a.w turun dari unta baginda di rumah mereka. Mereka menghalang perjalanan unta Nabi s.a.w secara silih berganti supaya unta baginda menghala ke rumah mereka kemudian Nabi bersabda kepada mereka,
Abu Ayyub terlalu gembira melihat keadaan tersebut lalu beliau terus mendapatkan Rasulullah s.a.w menyambut kedatangan baginda dengan perasaan terlalu gembira dan rasa sangat terharu sambil membawa barang-barang yang dibawa oleh Nabi s.a.w seolah-olah beliau membawa khazanah dunia kemudian terus masuk ke rumahnya.
Beliau terlibat dalam peperangan menentang kerajaan Rom Byzantine sejak mula perjuangan hinggalah ke zaman pemerintahan Muawiyah. Beliaulah yang diisyaratkan oleh baginda dalam hadisnya yang bermaksud:
"Seorang lelaki yang soleh akan syahid dan akan dikuburkan di bawah kubu kota Konstantinopel"
Turki Uthmaniyyah mengangkat beliau sebagai idola dalam usaha pembebasan kota Konstantinopel ketika zaman pemerintahan Sultan Muhammad al-Fatih.
Jasa dan sumbangannya
Ketika Nabi Muhammad dan Saidina Abu Bakar bersembunyi di gua untuk melarikan diri daripada ancamana kaum Quraisy, beliaulah yang membekalkan makanan dan minuman kepada Nabi dan ayahnya. Kerana jasanya dia digelar Zatun Naqatain yang bermaksud "Yang Empunya Dua Tali Pinggang".
Bersama anaknya dan Hajjaj
Ketika anaknya, Abdullah bin Zubair meminta pendapat daripada beliau tentang keadaan anaknya yang sudah dikepung oleh tentera Bani Ummaiyyah, Asma memberi semangat kepada anaknya untuk terus berjuang. Asma' berkata kepada anaknya"Hiduplah secara mulia, berjihadlah kamu kepada Allah dan matilah secara terhormat".Lalu Abdullah ibn Zubair melancarkan serangan terakhir sehingga dia mati dibunuh oleh gabenor Bani Ummaiyyah iaitu Hajjaj ibn Yusuf. Beliau merasa bangga dengan kematian anaknya. Hajjaj mengarahkan mayat anaknya itu digantung dan disalib di atas tiang sebagai tanda penghinaan kepada Abdullah bin Zubair. Lalu Asma mengatakan:"Bukankah sampai masanya pahlawan yang berdiri megah ini turun dari kudanya?"Mendengar kata itu daripada Asma, maka Hajjaj merasa malu kerana dengan menaikkan mayat Abdullah ibn Zubair itu bermakna menaikkan martabat Abdullah itu sendiri dan orang ramai yang lalu lalang pasti akan mengutuk akan kekejaman Hajjaj. Lantas Hajjaj menurunkan mayat Abdullah dan menyerahkannya kepada ibunya Asma binti Abu Bakar.
Bilal bin Rabah r.a dilahirkan di Kota Mekah sekitar tahun 43 Sebelum Hijrah. Bilal r.a dibesarkan di Kota Mekah sebagai seorang hamba anak-anak yatim Bani Abdul Dar yang berada di bawah jagaan Umaiyyah bin Khalaf. Setelah Rasulullah s.a.w dibangkitkan menjadi Nabi dengan membawa risalah Islam, Bilal adalah terdiri dari kalangan orang-orang yang paling awal memeluk Islam.
Pengislamannya
Ketika beliau memeluk Islam, hanya terdapat beberapa orang sahaja yang memeluk Islam di atas muka bumi ini iaitu Khadijah binti Khuwailid, Abu Bakar As-Siddiq, Ali bin Abi Talib, Ammar ibn Yasir serta ibunya Sumaiyyah, Suhaib Ar-Rumi dan Miqdad Al-Aswad. Beliau menerima Islam melalui sahabatnya yang bernama al Fadl dan dilihat beliau begitu bersungguh-sungguh untuk mendalami ajaran agama Islam sehingga sanggup berulang-alik ke rumah Arqam bin Abi Al-Arqam secara rahsia supaya kegiatannya menerima Islam sebagai sebahagian daripada hidupnya tidak diketahui oleh tuannya. Namun akhirnya Umaiyah mengetahuinya dan memujuk Bilal agar meninggalkan Islam dan kembali ke ajaran asalnya, tetapi Bilal berkeras untuk mempertahankan Islam sebagai agama dunia dan akhiratnya. Umaiyah pernah berkata,“Aku berkuasa ke atas tubuh dan jasadmu.” Tetapi Bilal lantas menjawab,“Fikiranku, imanku dan kepercayaanku bukan milikmu.” Setelah gagal memujuk Bilal, Umaiyah nekad untuk bertindak kejam ke atas Bilal dengan mengikat batu besar di tubuh Bilal yang tidak berpakaian, mengheret ke tengah padang pasir yang panas membakar dan memukul tanpa belas kasihan.
Jasa dan Perjuangannya Beliau
meninggal dunia pada tahun 23 Hijrah di negeri Syam dan dikebumikan di Damsyik. Sepanjang hayatnya beliau diakui sebagai seorang yang patuh dan rajin terhadap tanggungjawabnya, ikhlas, amanah, berani, tabah, dan sanggup menghadapi risiko demi mempertahankan kebenaran. Beliau juga pernah menyertai barisan tentera Islam dalam beberapa peperangan dan dilantik sebagai juruazan oleh Rasulullah dan kerana itulah namanya kini diabadikan kepada setiap juruazan atau bilal.
Huzaifah Al-Yamani adalah salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w.Bapa Huzaifah, Al-Yaman adalah seorang penduduk Makkah dari suku Abs. Kemudian Al-Yaman berpindah ke Yathrib dan menjadi sekutu kepada suku kaum Bani Al-Ashal. Ibunya pula berasal dari suku kaum ini.
Zaman Nabi
Digelar sebagai "Penyimpan Rahsia Nabi". Ketika Perang Khandaq, Nabi S.A.W mengarahkan beliau menjadi perisik untuk mengetahui strategi musuh tentera Islam pada ketika itu iaitu kaum Quraisy. Namun, beliau mengambil tindakan nekad dengan menyamar sebagai salah seorang tentera musuh. Tindakan ini membantu tentera Islam setelah mendapat maklumat musuh daripada Huzaifah.
Zaman Umar Al-Khattab
Ketika zaman pemerintahan Umar Al-Khattab, beliau dilantik sebagai panglima perang untuk membantu Nu'man ibn Muqarrin dalam peperangan yang dikenali sebagai Perang Nihawand. Berikutan gugurnya Nu'man ibn Muqarrin di dalam peperangan dan dengan kemenangan tentera Islam di Nihawand, beliau dilantik menjadi gabenor Kufah dan Mada'in seterusnya menjadi wakil khalifah di tanah Parsi.
Ikrimah ibn Abu Jahal adalah anak lelaki Abu Jahal (salah seorang bangsawan Quraisy dan juga musuh ketat Islam). Pada awal kemunculan Islam, beliau seperti bapanya juga merupakan musuh ketat Nabi Muhammad s.a.w. Selepas Nabi Muhammad menakluki kota Makkah, beliau memasuki Islam dan berjuang bersama tentera Islam.
Jasa dan Sumbangannya
Antara jasanya adalah terlibat dalam peperangan menentang kelompok pemberontak yang murtad di dalam peperangan yang dikenali sebagai Perang Yamamah. Beliau ketika itu dilantik sebagai panglima tentera Islam. Sumbangannya yang terbesar adalah ketika Perang Yarmuk di mana ketika itu tentera Islam berhadapan dengan tentera Rom Byzantine. Ketika tentera Rom memulakan serangan dalam satu kelompok yang besar, Ikrimah bertindak untuk memecahkan angkatan besar itu dengan serangan hendap tentera berkuda beliau yang dianggotai oleh 400 orang tentera Islam.Beliau terkorban syahid alam serangan hendap itu lantaran anggota tentera Rom berjumlah sekitar 150,000 orang.
Ja'afar bin Abi Thalib (dikenal juga dengan julukan Jafar-e-Tayyar) adalah putera dari Abu Thalib. Beliau merupakan sepupu kepada Nabi. Jaa'far dibesarkan oleh bapa saudaranya, Abbas bin 'Abdul Muttalib. Ja'afar bin Abi Thalib menikah dengan Asma binti Umais
Kehidupannya
Ja'afar merupakan pemuda Arab dari Bani Hasyim yang hampir serupa dengan Nabi Muhammad, baik dari ciri-ciri fizikalnya termasuk rupa mahupun sifat yang dimiliki. Baginda selalu memanggil Ja'afar sebagai "Bapa orang-orang Miskin", kerana ia selalu menolong dan membantu orang miskin.Ketika seksaan terhadap umat Islam di kota Makkah semakin hebat, Ja'afar dan isterinya kemudian berhijrah ke negeri Habsyah.
Jasa dan Perjuangannya
Raja negeri Habsyah, An-Najasyi yaitu Ashhamad bin Al-Abjar masuk Islam setelah mendengar akan hujah Ja'afar berkenaan dengan Islam ketika beliau berlindung di Habsyah. Ja'far bin Abi Thalib kembali pulang dari Habsyah sewaktu penaklukan Khaibar dan ikut menuju Khaibar bersama dengan Abu Musa Al-Asya'ari. Pada tahun ke 8 Hijrah, Ja'afar bin Abi Thalib dilantik sebagai panglima perang kedua selepas Zaid ibn Harithah untuk mengikuti ekspedisi perang Mu'tah melawan tentera Rom Byzantin. Beliau kemudiannya gugur syahid selepas menggantikan Zaid bin Harithah. Tempat beliau diganti oleh seorang lagi sahabat nabi dari golongan Ansar iaitu Abdullah ibn Rawahah yang kemudiannya turut syahid.
Salman Al-Farisi merupakan salah satu daripada sahabat nabi,
Sabda Rasulullah S.A.W:" Apabila iman itu tergantung di bintang Suraya, nescaya ia akan dicapai oleh lelaki berbangsa Parsi."
Zaid bin Harithah (sekitar. 588-630 M) merupakan seorang sahabat yang namanya disebut dalam al-Qur'an (Surah Al-Ahzab) . Mempunyai seorang anak yang terkenal iaitu Usamah ibn Zaid hasil perkongsian hidup beliau dengan Barakah.
Jasa dan perjuangannya
Beliau dilantik oleh Nabi sebagai ketua panglima perang untuk berjuang menentang tentera Rom Byzantine dalam peperangan yang dikenali sebagai Perang Mu'tah. Bersama-sama beliau adalah Ja'afar ibn Abi Thalib sebagai panglima perang kedua dan seorang sahabat dari golongan Ansar iaitu Abdullah ibn Rawahah. Dalam peperangan tersebut, Zaid syahid bersama dua orang sahabatnya.